Monday, September 21, 2009

Musim Pertama Tanaman Cili




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Buat pertama kalinya saya memulakan blog ini adalah untuk memperkenalkan ladang pertanian cili saya yang merupakan projek pertama saya yang telah dimulakan sejak tahun 2008. Seperti mana yang diketahui, pertanian cili adalah merupakan satu bentuk perniagaan yang menguntungkan dan membuahkan hasil yang lumayan. Untuk permulaan, saya akan menunjukkan beberapa keping gambar cili saya yang berusia 1 bulan.


Untuk penjagaan yang berkualiti, saya menggunakan 2 guni beg sekam padi (50 kg 1 beg), dan sabut kelapa sebanyak 3 guni beg (25 kg 1 beg). Bancuhan tersebut boleh menghasilkan 5 polibeg bersaiz 14 x 16cm.


Dari asas penjagaan pula pembajaan harus dilakukan setiap hari selama enam bulan. Baja yang digunakan adalah baja fertigasi. Manakala untuk penjagaan daripada serangan serangga pula, pelbagai jenis racun yang digunakan mengikut jenis penyakit yang hinggap pada tanaman cili ini. Untuk memastikan kesuburan tanaman, pemantauan harus dilakukan setiap hari bagi mengenal pasti jika tanaman terkena sebarang penyakit. Jika langkah-langkah yang perlu tidak diambil, ini membahayakan tanaman lain yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan pokok dan seterusnya merosakkan seluruh tanaman.

Justeru, pelbagai jenis racun serangga harus disediakan untuk memastikan segala keperluan tanaman mencukupi.