Friday, March 4, 2011

Menyediakan Khidmat Nasihat dan Membekalkan Keperluan Pertanian

Salam sejahtera kepada semua peminat pertanian,

Jika anda berminat untuk memulakan pertanian penanaman cili dan tidak mengetahui bagaimana caranya, anda boleh menghubungi saya di alamat dan talian yang tertera seperti di bawah:

Bukhari D'Tani Enterprise
Telefon: 013-9237328/ 013-6327005
Alamat: No.5 Jalan Bentara 15, Taman Saga 41000, Klang , Selangor.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami adalah seperti berikut

1) Sistem tangki dan saliran air untuk pertanian
2) Proses penyemaian
3) Pembinaan rumah semaian
4) Khidmat nasihat dalam penjagaan tanaman dan kursus
5) Pembinaan rumah sementara bagi pekerja di tapak petanian

Selain itu Bukhari D'Tani juga ada membekalkan

1) Baja tanaman
2) Tanah sabut untuk tanaman
3) Polybeg (tebal-untuk jangkamasa yang lebih lama)
4) Sekam padi
5) Serta bahan-bahan pertanian yang lain

Bagi mereka yang baru ingin memulakan pertanian dan memerlukan perkhidmatan penuh, tempahan dan rundingan harga boleh dilakukan dengan menghubungi talian di atas.

Saya sangat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman yang ada serta cara-cara terbaik untuk menjaga tanaman ini agar mendapat pulangan yang menguntungkan. Jadikan pertanian sebagai sumber rezeki anda. Berbakti kepada tanah mendatangkan pahala, InsyaAllah.

Sekian, Wassalam.

Friday, December 3, 2010

Musim Baru


Salam Sejahtera buat semua peminat pertanian, Maaf kerana sudah lama tidak berpeluang untuk menceritkan update terbaru. Kerana kekangan waktu dan kesibukan, saya tidak berpeluang untuk upload gambar-gambar terbaru untuk tatapan semua. InsyaAllah musim baru tanaman saya dan rakan saya akan mengeluarkan hasil pada bulan hadapan, jadi bolehlah saya upload gambar-gambar nanti. Untuk waktu ini, tiada apa yang dapat saya ceritakan, kerana saya sekadar menjenguk di blog ini dan ingin meninggalkan pesan kepada semua agar menghubungi saya Bukhari, untuk sebarang tempahan cili dan juga untuk menempah baja, biji benih, tanah sabut, dan kelengkapan lain. Penghantaran akan dibuat ke tempat anda. Terima kasih semua. =) Hubungi saya di: 013-6327005 Klang, selangor

Sunday, July 25, 2010

Sedia Menerima Tempahan

Salam pertanian kepada semua!

Untuk entry kali ini, Bukhari D'Tani ingin promosikan perkhidmatan yang disediakan khas kepada semua pengusaha-pengusaha pertanian seperti kami. Seperti anda semua sedia maklum, Bukhari D'Tani menyediakan perkhidmatan pertanian bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam bidang ini dari A to Z, complete semua kami yang buat. Cuma anda perlu sediakan tanah yang bersih dan juga duit sahaja. Yang lain-lain seperti polybeg, anak pokok, sistem pertalian air, baja, racun, dan segala yang berkaitan akan kami uruskan. Anda hanya perlu menjaga tanaman sebaik mungkin.

Jangan risau, nasihat juga saya akan sediakan. Anda boleh hubungi saya pada bila-bila masa untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Tempahan dari pelanggan sedia untuk dihantar ke ladangnya oleh Bukhari D'Tani Enterprise


Bagi mereka yang ingin menempah baja, semaian anak pokok dan lain-lain, jangan risau kerana kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke tempat anda.


Berminat dengan pertanian yang menguntungkan ini segera hubungi saya seperti maklumat berikut:

Bukhari: 013-6327005 (talian utama) atau 013-9237328
Tempat: Kampung SUngai Udang, Klang Selangor


Selamat mencuba bidang yang menguntungkan ini. Tambah-tambah harga cili sangat mahal sekarang!

Pertanian adalah perniagaan!

Saturday, July 24, 2010

Projek musim ke lima

Salam kepada semua peminat cili!

Alhamdulill
ah akhirnya saya berkesempatan untuk mencatat aktiviti terbaru dalam bidang pertanian yang saya ceburi ini. Memang masa agak sempit, sebab banyak tempahan baja, anak benih, kelengkapan pertanian yang mesti disiapkan untuk customer2 saya. Tapi saya masih ingin update rakan-rakan semua dengan berita terbaru projek musim ini.

Tak banyak yang saya boleh perkatakan di sini seb
ab biarlah gambar-gambar yang di lampirkan ini menceritakan perjalanan musim ke 5 ini.Saya mula menyemai pada May baru2 ini. Setelah sampai masa yang sesuai saya keluarkan anak pokok dari rumah semaian dan masukkan ke dalam polybeg.

Setakat hari ini, cili saya suda
h menghijau. bulan depan tunggu masa untuk di petik. Bila dah sampai waktu kemuncak nanti ramai la pekerja-pekerja sambilan yang diperlukan untuk memetik cili, sebab kalau diikutkan musim lalu, saya memang xmenang tangan untuk melakukan semua ini bersama rakan kongsi saya yang seorang lagi.

Bulan puasa mesti banyak dugaan pe
nat dan dahaga. Maklumla pokok-pokok harus di jaga seperti biasa tidak kira la kita sedang berpuasa atau tak. Takkan nak suruh pokok berpuasa pula kan. Apa-apa pon jom tengok gambar di bawah dan nantikan hasil yang lumayan untuk musim ini.

Rezeki hari raya dan juga mungkin saya tidak akan pulang berhari raya..Terasa sedih la pulak. Tapi kene jaga hati pokok, kan kecik hati xnak berbuah.


Saya la pengusahanya.


Tempat berteduh kala penat. Ni pun buat sendiri sorang-sorang.



Proses menyemai anak benih dilakukan pada waktu malam seeloknya.



Anak pokok dalam rumah semaian berusia 3 minggu. Lepas ni sesi memasukkan ke dalam polybeg.



Sedang mengalihkan anak pokok ke dalam polybeg. Anak pokok berusia 4 minggu.



Anak pokok baru sahaja di pindahkan ke dalam polybeg



Berusia 3 minggu setelah di pindahkan dari rumah semaian



Kerja-Kerja pemasangan tali dijalankan





Kerja-kerja pembersihan kebun. Buang sampah yang menyenakkan mata di kawasan ladang. =)


Hasilnya...kawasan ladang yang terjaga rapi dan bersih bebas sampah.


Pokok yang berusia 4minggu



Mula berbunga dan mengeluarkan buah. Sangat puas hati!




Segar pada waktu malam




Ini adalah gambar terbaru. Buah memang sangat hijau dan sihat. Alhamdulillah

Saturday, February 27, 2010

Hasil Pertanian Musim ke-4

Salam sejahtera kepada semua pengunjung,

Entry kali ini anda akan dapat melihat hasil tanama
n cili pada musim ke empat yang mencecah ratusan kilogram setiap hari. Bukan itu sahaja, hasil pada kali ini cukup cantik dan segar yang berbanding dengan musim-musim lepas. Saya amat berpuas hati pada hasil kali ini, kerana bukan sahaja cili yang sihat tetapi saiznya yang panjang telah menarik minat ramai pengusaha-pengusaha cili lain untuk mengetahui rahsia penjagaan cili di ladang cili Bukhari D'Tani.
Kami juga mendapat banyak tempahan daripada beberapa pen
gedar cili antara yang terbesar di kawasan sekitar Klang, Selangor.

Jika anda ingin belajar cara dan teknik penanaman yang baik, kam
i ada menyediakan khidmat nasihat di samping menyediakan perkhidmatan yang tertentu bagi memulakan ladang secara keseluruhan. Kepada sesiapa yang berminat anda sentiasa dialu-alukan untuk mengunjungi ladang kami yang terletak di Kampung Sungai Udang, Klang Selangor sementara pokok-pokok cili masih membuahkan hasil.

Manakala, jika tertarik anda boleh terus membuat rundinga
n dengan pihak kami bagi memulakan projek pertanian yang sangat menguntugkan ini. Cuba anda semua bayangkan, sekiranye setiap hari ladang menghasilkan 200 kg cili, dan harga sekilo adalah RM6.00. Ini bermakna untuk hari tersebut, kami akan mendapat pulangan sebanyak RM1200.00. Memandangkan harga cili ada pasang surutnya, hasil pendapatan sehari mungkin berubah-ubah seperti sekilo = RM4.50/RM 5.00 dan lain-lain.

Manakala proses pembuahan pula akan berlanjutan selama 2 hingga 4 minggu di mana hasilnya akan semakin berkurangan dan membolehkan tanaman di cabut untuk tanaman terbaru. Oleh itu jangan tunggu lagi. Segera hubungi saya ditalian di baw
ah


Bukhari: 013-6327005 (talian utama) atau 013-9237328
Tempat: Kampung SUngai Udang, Klang Selangor


Selamat mencuba bidang yang menguntungkan ini.


Pertanian adalah perniagaan!



Saiz cili yang cukup panjang


Kutipan hari pertama


Kutipan hari kedua


Hasil yang semakin banyak dari hari ke hari. Kesegaran cili sentiasa terpelihara dan dititik beratkan

Saturday, January 16, 2010

Antara Projek Tanaman Yang Menggunakan Khidmat Bukhari D’Tani Enterprise


Antara Projek Tanaman Yang Menggunakan Khidmat Bukhari D’Tani Enterprise

Pada entry kali ini saya ingin mengwar-warkan kepada pembaca semua akan projek pertanian yang telah menerima perkhidmatan dari Bukhari D’Tani Enterprise. Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah bagaimana projek tanaman ini di buat dan system yang digunakan mengikut keadaan tumbuhan.

Anda boleh melihat gambar yang dipamerkan dibawah beberapa tanaman seperti projek ‘rotmelon’, cili musim keempat, serta tanaman timun.





Hasil tanaman cili yang diusahakan oleh D'Tani Enterprise untuk pasaran yang merupakan keluaran pertama musim keempat ini.


Tanaman cili yang berusia 1minggu setelah dimasukkan dalam polybeg.






Projek tanaman timun yang menggunakan khidmat kami. Penjagaan dari terik matahari di titikberatkan dalam penanaman timun. Namun tanaman ini adalah antara paling mudah dijaga dan mengeluarkan hasil dalam masa sebulan.


Tanaman rotmelon yang pertama oleh D'Tani Enterprise menggunakan sistem fertigasi. Penggunaan atap memastikan tanaman yang lebih baik dan mengurangkan risiko serangan penyakit.




Tuesday, January 12, 2010

Penyediaan Perkhidmatan dan Pembekal Dalam Pertanian

Penyediaan Perkhidmatan dan Pembekal Dalam Pertanian

Salam sejahtera,

Kepada sesiapa yang berminat untuk memulakan pertanian penanaman cili dan tidak mengetahui bagaimana caranya, anda boleh menghubungi saya di alamat dan talian yang tertera seperti di bawah:

Bukhari D'Tani Enterprise
Telefon: 013-9237328/ 013-6327005
Alamat: No.5 Jalan Bentara 15, Taman Saga 41000, Klang , Selangor.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami adalah seperti berikut
1) Sistem tangki dan saliran air untuk pertanian
2) Proses penyemaian
3) Pembinaan rumah semaian
4) Khidmat nasihat dalam penjagaan tanaman dan kursus
5) Pembinaan rumah sementara bagi pekerja di tapak petanian

Manakala pihak kami juga ada membekalkan
1) Baja tanaman

2) Tanah sabut untuk tanaman
3) Polybeg (tebal-untuk jangkamasa yang lebih lama)

4) Sekam padi
5) Sabut
4) Serta bahan-bahan pertanian yang lain

Bagi mereka yang baru ingin memulakan pertanian dan memerlukan perkhidmatan penuh tempahan dan rundingan harga boleh dilakukan dengan menghubungi talian di atas.