Saturday, February 27, 2010

Hasil Pertanian Musim ke-4

Salam sejahtera kepada semua pengunjung,

Entry kali ini anda akan dapat melihat hasil tanama
n cili pada musim ke empat yang mencecah ratusan kilogram setiap hari. Bukan itu sahaja, hasil pada kali ini cukup cantik dan segar yang berbanding dengan musim-musim lepas. Saya amat berpuas hati pada hasil kali ini, kerana bukan sahaja cili yang sihat tetapi saiznya yang panjang telah menarik minat ramai pengusaha-pengusaha cili lain untuk mengetahui rahsia penjagaan cili di ladang cili Bukhari D'Tani.
Kami juga mendapat banyak tempahan daripada beberapa pen
gedar cili antara yang terbesar di kawasan sekitar Klang, Selangor.

Jika anda ingin belajar cara dan teknik penanaman yang baik, kam
i ada menyediakan khidmat nasihat di samping menyediakan perkhidmatan yang tertentu bagi memulakan ladang secara keseluruhan. Kepada sesiapa yang berminat anda sentiasa dialu-alukan untuk mengunjungi ladang kami yang terletak di Kampung Sungai Udang, Klang Selangor sementara pokok-pokok cili masih membuahkan hasil.

Manakala, jika tertarik anda boleh terus membuat rundinga
n dengan pihak kami bagi memulakan projek pertanian yang sangat menguntugkan ini. Cuba anda semua bayangkan, sekiranye setiap hari ladang menghasilkan 200 kg cili, dan harga sekilo adalah RM6.00. Ini bermakna untuk hari tersebut, kami akan mendapat pulangan sebanyak RM1200.00. Memandangkan harga cili ada pasang surutnya, hasil pendapatan sehari mungkin berubah-ubah seperti sekilo = RM4.50/RM 5.00 dan lain-lain.

Manakala proses pembuahan pula akan berlanjutan selama 2 hingga 4 minggu di mana hasilnya akan semakin berkurangan dan membolehkan tanaman di cabut untuk tanaman terbaru. Oleh itu jangan tunggu lagi. Segera hubungi saya ditalian di baw
ah


Bukhari: 013-6327005 (talian utama) atau 013-9237328
Tempat: Kampung SUngai Udang, Klang Selangor


Selamat mencuba bidang yang menguntungkan ini.


Pertanian adalah perniagaan!



Saiz cili yang cukup panjang


Kutipan hari pertama


Kutipan hari kedua


Hasil yang semakin banyak dari hari ke hari. Kesegaran cili sentiasa terpelihara dan dititik beratkan