Saturday, January 16, 2010

Antara Projek Tanaman Yang Menggunakan Khidmat Bukhari D’Tani Enterprise


Antara Projek Tanaman Yang Menggunakan Khidmat Bukhari D’Tani Enterprise

Pada entry kali ini saya ingin mengwar-warkan kepada pembaca semua akan projek pertanian yang telah menerima perkhidmatan dari Bukhari D’Tani Enterprise. Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah bagaimana projek tanaman ini di buat dan system yang digunakan mengikut keadaan tumbuhan.

Anda boleh melihat gambar yang dipamerkan dibawah beberapa tanaman seperti projek ‘rotmelon’, cili musim keempat, serta tanaman timun.





Hasil tanaman cili yang diusahakan oleh D'Tani Enterprise untuk pasaran yang merupakan keluaran pertama musim keempat ini.


Tanaman cili yang berusia 1minggu setelah dimasukkan dalam polybeg.






Projek tanaman timun yang menggunakan khidmat kami. Penjagaan dari terik matahari di titikberatkan dalam penanaman timun. Namun tanaman ini adalah antara paling mudah dijaga dan mengeluarkan hasil dalam masa sebulan.


Tanaman rotmelon yang pertama oleh D'Tani Enterprise menggunakan sistem fertigasi. Penggunaan atap memastikan tanaman yang lebih baik dan mengurangkan risiko serangan penyakit.




Tuesday, January 12, 2010

Penyediaan Perkhidmatan dan Pembekal Dalam Pertanian

Penyediaan Perkhidmatan dan Pembekal Dalam Pertanian

Salam sejahtera,

Kepada sesiapa yang berminat untuk memulakan pertanian penanaman cili dan tidak mengetahui bagaimana caranya, anda boleh menghubungi saya di alamat dan talian yang tertera seperti di bawah:

Bukhari D'Tani Enterprise
Telefon: 013-9237328/ 013-6327005
Alamat: No.5 Jalan Bentara 15, Taman Saga 41000, Klang , Selangor.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami adalah seperti berikut
1) Sistem tangki dan saliran air untuk pertanian
2) Proses penyemaian
3) Pembinaan rumah semaian
4) Khidmat nasihat dalam penjagaan tanaman dan kursus
5) Pembinaan rumah sementara bagi pekerja di tapak petanian

Manakala pihak kami juga ada membekalkan
1) Baja tanaman

2) Tanah sabut untuk tanaman
3) Polybeg (tebal-untuk jangkamasa yang lebih lama)

4) Sekam padi
5) Sabut
4) Serta bahan-bahan pertanian yang lain

Bagi mereka yang baru ingin memulakan pertanian dan memerlukan perkhidmatan penuh tempahan dan rundingan harga boleh dilakukan dengan menghubungi talian di atas.

Musim Keempat Cili Kulai


Salam sejahtera,


Pertanian cili saya telah pun memasuki musim ke empat. Bermula pada December yang lepas keadaan pokok dan cili saya semakin sihat. Penjagaan rapi sentiasa di titk beratkan agar tanaman saya tidak terkena sebarang serangan penyakit.

Hendaklah diingatkan supaya kawasan tanaman sentiasa di jaga rapi dan bersih


Monday, September 21, 2009

Musim Pertama Tanaman Cili




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Buat pertama kalinya saya memulakan blog ini adalah untuk memperkenalkan ladang pertanian cili saya yang merupakan projek pertama saya yang telah dimulakan sejak tahun 2008. Seperti mana yang diketahui, pertanian cili adalah merupakan satu bentuk perniagaan yang menguntungkan dan membuahkan hasil yang lumayan. Untuk permulaan, saya akan menunjukkan beberapa keping gambar cili saya yang berusia 1 bulan.


Untuk penjagaan yang berkualiti, saya menggunakan 2 guni beg sekam padi (50 kg 1 beg), dan sabut kelapa sebanyak 3 guni beg (25 kg 1 beg). Bancuhan tersebut boleh menghasilkan 5 polibeg bersaiz 14 x 16cm.


Dari asas penjagaan pula pembajaan harus dilakukan setiap hari selama enam bulan. Baja yang digunakan adalah baja fertigasi. Manakala untuk penjagaan daripada serangan serangga pula, pelbagai jenis racun yang digunakan mengikut jenis penyakit yang hinggap pada tanaman cili ini. Untuk memastikan kesuburan tanaman, pemantauan harus dilakukan setiap hari bagi mengenal pasti jika tanaman terkena sebarang penyakit. Jika langkah-langkah yang perlu tidak diambil, ini membahayakan tanaman lain yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan pokok dan seterusnya merosakkan seluruh tanaman.

Justeru, pelbagai jenis racun serangga harus disediakan untuk memastikan segala keperluan tanaman mencukupi.